Biohazad berkata...

Selamat datang dan salam sejahtera.
Ini adalah laman perkongsian dan anda bebas menyalin mana-mana kandungan dalam blog ini.
Jika terdapat sebarang kesilapan dalam blog ini, komenkan kepada saya. Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih...

Pages

Thursday, December 16, 2010

Apa itu Linux?

Assalamualaikum, terima kasih diucapkan kepada pelawat BioLinuxCafe. Perkataan 'Bio' bermaksud kehidupan manakala Linux pula merupakan sebuah sistem operasi. 'Cafe' pula melambangkan tempat perkongsian. Persoalannya, apa itu Linux?

Linux adalah sistem opeasi seperti Windows. Windows mempunyai banyak versi seperti Windows 98, XP, Vista, & 7. Seperti juga Windows, Linux juga mempunyai banyak variasinya seperti RedHat, Debian, LinuxMint, Fedora, Ubuntu, & banyak lagi. Variasi-variasi ini digelar sebagai distro. Berbeza dengan Windows yang hanya dibuat dan dikembangkan oleh pihak Microsoft sahaja, Linux pula direka dan dikembangkan oleh ramai orang dan komuniti-komuniti di seluruh dunia. Selain itu, penggunaan Linux adalah bebas dan boleh didapati secara percuma di internet serta ia boleh digandakan, diedarkan dengan bebas kepada orang awam tanpa melanggar undang-undang. Tarikan Linux dapat dilihat dengan pelbagai rekaan daripada pelbagai pereka di seluruh dunia yang amat menarik serta pelbagai aplikasi yang berguna boleh didapati secara percuma.

Bagi Muslim, distro Sabily adalah sesuai untuk anda. Sabily adalah sistem operasi yang diolah dari Ubuntu dengan memuatkan tema dan perisian-perisian Islam kedalamnya. Nama "Sabily" adalah satu perkataan daripada Surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud "jalanku". Pembangunan sistem operasi Sabily diharapkan dapat membantu umat Islam diseluruh dunia agar tidak terleka semasa menggunakan komputer melalui perisian-perisian Islam seperti waktu sembahyang yang akan muncul diskrin komputer apabila masuk waktu, kalendar Hijrah, doa-doa, zikir, bacaan Al-Quran dan lain-lain lagi. Disamping itu Sabily juga mengadungi perisian yang boleh mengawal penggunaan komputer oleh anak-anak tanpa perlu dipantau oleh ibubapa. Semoga usaha yang murni dari pemprogram-pemprogram Islam dari seluruh dunia itu diberkati Allah dan mendapat sokongan dari pengguna-penguna komputer yang beragama Islam. Perlu diingat bahawa segala perisian itu adalah percuma dan bebas untuk diolah semula. (dipetik dan diolah semula daripada blog Sabily Malaysia) Terima kasih kepada Meor Bu.

Oleh itu, sama-sama kita menggunakan kesempatan ini demi menegakkan syiar Islam di mata dunia dengan kemajuan teknologi dan perkembangan ilmu pada masa kini. Insyaalah.

No comments:

Post a Comment